Sunday, June 12, 2011

Kembali....

selamat pagi semua..hari ini hari ke 31 saya menjalani latihan praktikal di sebuah organisasi. hari ini bermulanya sesi persekolahan setelah 2 minggu bercuti..horeyyy.. sejak semalam mesti ade yang dah set dalam minda..huaaa...nak cuti lagi......bestnye tidooo, bestyee tgk tv, bestnyee main PS bla,bla,bla bangun lambat, xperlu bangun pagi...macam-macam alasan la....

tetapi bagi pekerja, cuti sekolah ibarat tiada apa-apa makna lagi-lagi orang bujang macam saya...yang masih tiada taggungan....cuti sekolah berakhir bermakna berakhir jua la temasya "jemputan kahwin" yang menjadi acara wajib tahunan setiap kali musim cuti sekolah.

Buat teman-teman yang baru melangsungkan perkahwinan, Selamat Pengantin Baru.... Semoga kalian menjadi isteri yang disanyangi suami dan rumah tangga yang diredhai Allah. Mulakan kehidupan yang baru dibina dengan pengetahuan ilmu untuk berusaha ke arah yang lebih baik. Semoga kalian juga mendapat rezeki "anugerah Allah" anak yang soleh dan solehah.

Buat teman-teman sekalian, mulakan hidup ini dengan berdoa kepada Allah, nescaya Allah sentiasa bersama dengan kita.

Wassalam

Tuesday, June 1, 2010

kembara di sebuah klinik...tugas sebagai jururawat

sepanjang perjalanan hidupku sebagai seorang pengunjung setia sebuah klinik...
aku melihat kembara insan yang bernama "jururawat"...
pada peringkat permulaan kedatanganku ke klinik, persepsi pertama aku adalah, "lambat".. adakah disebabkan mentaliti masyarakat mengaitkan klinik atau hospital adalah satau tempat yang sangat menguji kesabaran dan keimanan seorang insan...
di sebuah bilik prosedur 22 di sebuah klinik, aku melihat bagaimana tugas sebenar seorang jururawat...
adakalanya mereka sempat bergelak ketawa bersama pesakit dan adakalanya mereka hanya mampu membuat tugasan tanpa sebarang kata....emosi mereka sebenarnya sangat tertekan kerana setiap yang datang hanya akan membawa seribu masalah pada mereka... sebenarnya mereka tidak mengeluh, tapi berusaha sekuat mungkin menunjukkan yang mereka sebenarnya sedang beusaha merawat pesakit...
kebosanan dengan setiap hari melakukan tugas yang hampir sama mungkin menyebabakan emosi mereka amat tertekan...
oleh itu, sesiapa yang berhasrat untuk menjadi jururawat, persiapakan diri anda sekuat yang munkin kerana anda akan bermain dengan emosi sepnajang karier anda...
pesakit yang datang bukan mengharapkan kasih sayang, cuma menghrapkan sedikit ehsan daripada mereka untuk membantu menyembuhkan keadaan kesihatan....

"selamat hari jururawat sedunia'' (terlewat saya wish..hehehe)

Sunday, November 29, 2009

tinta pertamaku

bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana akhirnya aku mampu create blog kepunyaan aku sendiri yang telah lama aku impikan...
cuma kekangan masa membataskan untuk aku mencoretkan tentang hidup...
semoga blog ini dapat membantu aku untuk terus mengenali erti hidup yang sebenar...
sumbangan idea daripada rakan2 semua amat dihargai...
wasalam